Subscribe

Malaysia 60 Earth Hour 2009

Posted by ~ Run ~ on Wednesday, March 18, 2009


"60 Earth Hour"



Kempen yg begitu hangat diperkatakan sekarang di stesen-stesen komunikasi malaysia.

Padamkan lampu rumah dan pejabat anda selama satu jam iaitu 60 minit pada 28 Mac 2009 yg bermula pada jam 8:30 malam hingga 9:30 malam.

Kempen ni sebenarnya sudah bermula pada tahun 2007. Earth Hour 2007 ni telah bermula di Kotaraya Sydney.Kempen ini mendapat sokongan.2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu selama 60 minit. Dan sebanyak 10.2% tenaga elektrik dikurangkan di kotaraya tersebut.

Setahun kemudian, Earth Hour 2008, acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi dengan penyertaan hampir 50 million dan merangkumi sejumlah 35 buah negara.

Pada 4 Mac 2009, sebanyak 800 bandar di 78 buah negara telah mendaftar untuk menyokong Earth Hour 2009. Target adalah sebanyak 1 billion org. Iaitu 1/6 daripada populasi dunia.

Matlamat kempen ni adalah untuk menyedarkan kita semua tentang penggunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia.

Layari http://earthhour.org.my/main.php untuk keterangn lebih lanjut.

Subscribe to: Posts (Atom)